Naz mohon maaf, namun mahu keselamatan pelajar diutamakan

Susulan viral kenyataan Twitter pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau Naz yang tidak senang dengan kenyataan pengetua pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah tempoh hari, Naz hari ini memohon maaf jika kenyataannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen, lapor mStar Online. 



Naz, 39, berkata, apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid', sebaliknya dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian. 


"Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak. 

Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan. "Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian?" katanya.



Justeru, Naz berharap kenyataannya itu membuka mata semua pihak terutamanya pihak berkuasa mengenai keselamatan pusat pendidikan. 

"Niat saya adalah untuk membuka mata pihak berwajib mengenai kepentingan keselamatan. Tak kiralah pusat pendidikan apa sekalipun, soal keselamatan harus menjadi keutamaan dan bayangkan jika berlaku kecemasan, mereka ini tidak dapat menyelamatkan diri. 


"Dalam kejadian baru-baru ini, saya yakin pengetua tersebut akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku," katanya. Mengulas mengenai komen netizen yang tidak sependapat dengannya, Naz berkata, mungkin mereka tidak baca dan memahami tweetnya kerana tidak membaca tweet yang berikutnya. 

"Tidak apalah, sekurang-kurangnya ada yang menyokong dan memahami apa mesej yang saya ingin sampaikan dalam tulisan tersebut," katanya.

BERITA LENGKAP DI HALAMAN BERIKUTNYA

Halaman Berikutnya
loading...
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==