3 kanak-kanak lemas selepas terjatuh dalam sungai

Tiga kanak-kanak bersaudara termasuk seorang kanak-kanak perempuan lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika bermain, lapor China Press. 



Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.30 petang 12 September di Daerah Jieyang Puning, wilayah Guandong, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 10 saat itu menunjukkan tiga kanak-kanak yang masing-masing berusia tiga tahun itu bermain di tepi sungai. 

Sebelum kejadian, seorang lelaki tua dan penunggang motosikal melalui jalan itu, bagaimanapun tidak mengendahkan kehadiran tiga kanak-kanak berkenaan dan meneruskan perjalanan mereka.  



Tiga kanak-kanak itu kemudian bermain dan membaling objek yang ditemui di tepi jalan ke dalam sungai tanpa sebarang pengawasan orang dewasa. 

Ketika cuba menghampiri tebing jalan, kanak-kanak perempuan itu secara tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Salah seorang kanak-kanak lelaki terbabit, dipercayai cuba turun untuk menghulurkan, namun tidak dapat mengawal keseimbangan badan lalu terjatuh ke dalam sungai. Menyangka dua saudaranya itu sedang bermain di bawah, kanak-kanak berbaju kuning itu terus melompat masuk ke dalam sungai.

...
Rakaman video CCTV menunjukkan, terdapat kocakan air yang kelihatan dipercayai ketiga-tiga mangsa sedang cuba berusaha menyelamatkan diri mereka. Malangnya, ketiga-tiga kanak-kanak itu lemas dan hanya ditemui 30 minit kemudian.




Kesemua mangsa ditemui pada jam 7 petang dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Salah seorang ibu mangsa yang tidak dapat menerima hakikat itu cuba mengangkat kaki dan menongengkan kepala anaknya ke bawah dengan harapan kanak-kanak itu bernafas kembali. Tetapi tindakannya itu sia-sia kerana mangsa telah pun meninggal dunia. 

Menurut jurucakap pihak berkuasa, kejadian itu berlaku kerana kecuaian ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka bermain di luar rumah tanpa sebarang pengawasan. 


loading...
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==