Tipulah kalau cakap tak nak kurus bukan? Adalah impian setiap orang yang bergelar gemuk atau obesiti menginginkan bentuk badan yang ideal dan fit.
5 selebriti tempatan ini pernah melalui detik hitam apabila saiz fizikalnya menjadi bualan peminat. Namun setelah berazam mendapatkan bentuk badan yang diinginkan, mereka tampil membuat comeback yang menjadi inspirasi mereka di luar sana
1. Syanie
Masih ingat dengan adegan lakonan Syanie tersekat di dalam longkang dan terpaksa diangkat menggunakan jentolak akibat saiz fizikalnya yang besar? Nekad untuk menguruskan badan, Syanie menjalani rawatan gastric by pass (pemendekan usus).
Hasilnya beliau berjaya menguruskan sehingga 77 kilogram berat badan dan kini tampil lebih berkeyakinan dengan saiznya yang terkini.
2. Enot
Berjaya menghilangkan sehingga 29 kilogram berat badan adalah suatu kejayaan yang besar buat Enot. Berkongsi pengalaman mengamalkan sebuah produk, Enot terus memberi inspirasi untuk tampil lebih ramping berbanding sebelum ini.
3. Zulin Aziz
Tinggalkan nasi serta makanan dan minuman manis selama sebulan setengah berjaya menurunkan berat badan Zulin sebanyak 10 kilogram! Buat anda yang ingin kurus cepat mungkin boleh ikut tips dari Zulin
4. Mek Sayyidah
Dahulunya wajah beliau sentiasa menghiasi rancangan Salam Pantai Timur.
Dahulunya bersaiz besar dan berazam untuk kurus, penampilan Mek mengejutkan ramai pihak dan turut tular ketika itu.
5. Ieda Moin
Pernah mencatat berat sehingga 72 kilogram, Ieda Moin pelakon dan juga pelawak berjaya mengurangkan kepada 48 kilogram.
Semakin cantik!
Sebenarnya ramai lagi selebriti yang berjaya menguruskan badan seperti Aizat Amdan, Catriona Ross, Shaheizy Sam dan ramai lagi. Buat selebriti yang nampak berisi diberinya alasan mengandung walaupun tidak. Alahai..
Sumber: Hangat.com