SepercikHikmah
– Sahabat SepercikHikmah, Surah Al Fatihah yakni surah pertama dalam al Quran.
Al Fatihah maksudnya pembukaan yaitu surah pembukaan dalam kita suci tersebut.
Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah
yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada
dalam Al-Qur’an.
Surah ini
disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan
dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia
merupakan induk dari semua isi Al-Quran.
Dinamakan
pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang
tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.
Saya ada
banyak menulis tentang fadhilat membaca surah al Fatihah, antaranya:
Sheikh
Mahayuddin bin Al Arabi Khadas-Allah Serah berkata;
Sesiapa
yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas
sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca
al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.
Setelah itu
berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik.
Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin
Allah jua.
Semoga tulisan
diatas tentang cara membaca surah al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi
manfaat kepada semua.
Sumber: islamidia.com